Sejarah Penubuhan Parti Parti Solidariti tanah Airku Rakyat SABAH

Parti Reformasi Negeri(Sarawak)

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[5] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[6][7]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu.

Perpecahan STAR

Pada 06 Januari 2012 (Jumaat) tepat jam 4 petang di Dewan KDCA, Penampang, Sabah, State Reform Party (STAR) Sabah telah dilancarkan secara rasminya dan dipengerusikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Awalnya Parti ini berkembang ke sabah kerana penyertaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) atas parti ini untuk memperjuangkan AGENDA BORNEO.

Dengan slogan-nya "Unity is Duty" yang dilaung-laungkan beliau (DDJK) di Sabah adalah untuk menyatupadukan Sabahan dan Sarawakian dalam usaha menuntut dikembalikan HAK - HAK Keistimewaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sesuai dengan namanya, Parti Reformasi Negeri atau STAR pada masa itu, berhasrat untuk melakukan reformasi bukan sahaja kerajaan tetapi terlebih penting melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat.

Namun sayangnya, Perkongsian Idealogi, Persefahaman DDJK dan Pemimpin STAR SARAWAK, Lina Soo, tidak bertahan lama sebelum dan selepas PRU-13 diadakan.

Di Sarawak, mereka (STAR SARAWAK) sangat terkesan kerana Parti mereka digunakan oleh DDJK di Sabah sebagai Penyebaran Ideologi MA63 yang bergiat aktif dan menyebabkan orang-orang di Sabah memikir bahawa Parti STAR ditaja dan dipengerusikan oleh DDJK.

Nitijahnya, Parti STAR SARAWAK kemudian secara perlahan memutuskan rantaian Parti STAR SARAWAK dan Parti STAR SABAH.

Penjenamaan STAR Sabah

Pada tahun 2016, Parti STAR ditubuhkan secara Resmi di Cawangan/Negeri Sabah. STAR Sabah kini ditaja sepenuhnya oleh DDJK dan STAR Sarawak ditaja oleh Lina Soo.

Kemudian, Sebelum PRU-14, STAR SABAH sedang begiat berkembang di seluruh Pelusuk NEGERI Sabah. Orang menganggap bahawa Parti STAR telah dipengerusikan sepenuhnya oleh DDJK. Namun Hakikatnya, DDJK hanyalah Ketua Cawangan Sabah Ketika itu.

APABILA PRU-14 tamat, STAR SARAWAK kini memutuskan hubungannya dengan STAR SABAH yang ditaja Oleh DDJK dan menamakan Parti mereka Sebagai (ASPIRASI) dan STAR Sabah kini kekal STAR Sabah dan secara tak langsung DDJK adalah Presiden PARTI STAR.

Kerjasama antara Parti Politik

Sebelum dan Semasa PRU 13, STAR SABAH bekerja-sama dengan Parti STAR SARAWAK, Parti Pogressive Sabah (SAPP) dan beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat (PR) akan tetapi Parti STAR SABAH Bertanding kesemua 22 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri Sabah.

Selepas PRU 13, STAR SABAH bekerjasama dengan beberapa pemimpin BEBAS yang menang di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Sabah, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Progressive Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Anak Negeri Sabah (Anak Negeri), Parti STAR Sarawak, beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dari Sabah dan Sarawak.

Sebelum dan semasa PRU 14, STAR SABAH bersama-sama menubuhkan 'GABUNGAN SABAH' (United Sabah/GS) bersama-sama Parti Progresive Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) namun PCS keluar dari GABUNGAN SABAH kerana pencakaran pemimpin STAR dan PCS.

Selepas PRU 14, STAR SABAH dilihat sebagai salah satu parti yang berjaya di GABUNGAN SABAH yang memperolehi 1 Parlimen dan 2 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 10 Mei 2018, Sabah belum membentuk Kerajaan Majoriti akibat daripada 'TIE' Gabungan Parti dari BN 29 kerusi dan PH+Warisan 29.

Akibat dari itu, STAR SABAH ketika itu menjadi 'KING-MAKER' dalam pembetukan Kerajaan Majoriti. DDJK yang sebagai Presiden STAR Sabah sempat berjumpa dengan kedua-dua ketua gabungan ini antaranya Tan Sri Musa Aman (BN) dan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal (Warisan) untuk membincangkan 2 Kerusi yang dimenangi STAR untuk bergabung antara salah satu Gabungan ini.

Hasilnya, BN Sabah yang diketuai Tan Sri Musa Aman dipilih oleh STAR untuk menkongsikan 2 Kerusi STAR membentuk Kerajaan Majoriti disebabkan oleh Persetujuan Ya Kedua-dua Pihak manakala Parti Warisan Sabah tidak dapat perbincangan yang terbaik disebabkan isu-isu seperti Kedudukan Parti STAR, isu kewarganegaraan, isu minyak dalam MA63 dan membuat IC Sabah.

Namun, Pada 12 Mei 2018, kerajaan BN hilang majoriti akibat daripada tindakan 6 Pemimpin daripada Parti Pasokmomogun Kadazan-dusun Bersatu (UPKO) dan pemimpin UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau keluar dari gabungan BN Sabah menyertai dan berpakat Parti Warisan Sabah + Pakatan Harapan Sabah.

Hasilnya, UMNO sabah dikatakan sangat lemah ketika itu sampaikan semua pemimpinnya keluar dari parti UMNO sabah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hanya tinggal satu kerusi BN lagi. Rakannya seperti PBS, PBRS dan LDP juga keluar dari BN setelah kekalahan Teruk BN.

Tidak lama kemudian, muncullah sebuah gabungan yang baharu yang menentang Kerajaan Warisan ketika itu yang bernama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang diangotai oleh parti STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), UMNO sabah, beberapa ahli Bebas serta berhubungan baik dengan SAPP.

Sebelum dan Selepas PRN Sabah-16, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri malaysia ke 8 menamakan sebuah gabungan yang bernama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh (BN) (PN) dan (PBS) atau secara ahli Partinya, UMNO Sabah, MIC Sabah, MCA Sabah, PPBM Sabah, STAR, SAPP ,PAS Sabah dan PBS. Gabungan ini menang dan mendapat Majoriti untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.